Friday, March 25, 2011

ORANG SEKELILING ANU WAR KAKI MENGAMPU...

Dah hampir seminggu kes video lucah ANU WAR berlegar di ruang akhbar, blog dan media massa. Pelbagai versi yang kita dengar…. Orang nih kata macam nih.. orang tu kata macam tu…… Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah. Dari apa yang tersurat dan tersirat,  ANU WAR kini  sentiasa dikelilingi oleh manusia yang hanya pandai bermuka-muka. Bermula dengan kenyataan JOHARI ABDUL yang cuba membodek ANU WAR yang menyatakan dia terlebih dahulu melihat video lucah.. tetapi tidak pula melapurkan kepada ANU WAR…

 Sungguh tak masuk dek akal…. Kalau dia kata dah tengok, lepas tu mendiamkan diri.  Dah pasti terbayang di benaknya bahawa keuntungan dan laba yang dia akan perolehi dari pihak yang mahukan dia menarik  Ahli Parlimen PKR… Itu pun kalau betul dia ditawarkan sebegitu.  Siap nak minta pelincir…. Bayangkan kalau dia masuk UMNO?... Orang macam nih ker yang kita mahu?????....  Bila dah meletup mulala dia keluarkan macam2 cerita. Nasib baik Dato’ T tak melayan kehadiran dia pada kali kedua untuk pranonton video lucah tersebut. Aku bukan tak kenal dengan JOHARI ABDUL nih… Bodoh sombong dan langsung tak mendapat tempat di hati penduduk  KEDAH.. mula la mencari tapak baru. Agaknya dia perasan jawatan sekarang pun tak kukuh .. so cari ler peluang…. Nak dapatkan perhatian ANU WAR.

Banyak lagi malaun-malaun lain di keliling ANU WAR yang hidup bermuka-muka… kaki mengampu  kerana ada agenda mereka sendiri.  Ingat DAP dengan PAS tak ada kepentingan ker terhadap ANU WAR?... Walaupun mereka tahu ANU WAR adalah LIABILITI kepada Pakatan Rakyat….  DAP di mulut bukan main manis lagi , tetapi rancangan mereka menjadikan ANU WAR  dan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN dalam menjayakan matlamat mereka.  PAS pula yang dipelopori oleh ULAR DALAM SEMAK … (Bukan ULAMAK).. seolah BINGAI… Tak dapat bayangkan mana yang betul.. mana yang tidak. Yang tahu hanya sokong membabi buta……. Kesian PAS.

Kalaulah memang betul pelaku dalam video itu ANU WAR, mengaku saja lah….Tak perlu berdolak dalih… Masyarakat bukan bodoh… masyarakat dah pandai menilai…. Mana yang baik mana yang buruk.  Jadi la JANTANMAN….

1 comment: