Monday, June 25, 2012

Kerajaan Selangor makin parah

PKR Selangor mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantung sementara Faekah Husin dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan patut mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah.Shuhaimi mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar.Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."Shuhaimi berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya.


No comments:

Post a Comment