Wah!!! Inilah kali pertama kita dengar alasan yang diberikan oleh Si Rafizi Jambu tu tak mengaitkannya dengan UMNO atau Barisan Nasional.Selalunya, mereka sudah pasti akan menunding jari ke arah UMNO dan Barisan Nasional sebagai dalang dalam sebarang konflik yang timbul.
Tak de pulak diorang nak kata yang desakan agar Si Minah Muka Berminyak tu letak jawatan berpunca dari kerja jahat orang UMNO. Kenapa dia tak tuduh UMNO ye?Jelas Rafizi, isu berkaitan dengan Si Minah Muka Berminyak ni bukan untuk menjatuhkan Si Khalid Gagap sebagai Menteri Besar.
Sebaliknya, isu tu hanya satu isu berkaitan dengan pentadbiran sahaja dan ianya bukan isu nasional sehingga mampu menggugat PKR secara tidak lansung."Saya tidak lihat begitu, tidak... tidak. Langsung tiada kaitan dengan Menteri Besar, bukan usaha mahu menjatuhkan Menteri Besar."Ini hanya satu isu, satu soal pentadbiran sahaja. Tiada persoalan sama sekali mengenai kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Nampak sangat dalam kenyataan Si Rafizi tu dia secara tak sengaja mengakui dua perkara. Pertama, PKR memang jelas tak layak nak uruskan Negeri.Jika mereka layak, kenapa pulak timbul isu berkaitan dengan pengurusan pentadbiran ni? Sudah tentu ada salah laku yang berlaku sewaktu mereka memerintah.Umum tahu, isu ini berkaitan dengan pengurusan dana Selangor Ku yang berjumlah RM 300juta tu. Bagi ahli PKR, jumlah tu terlalu besar untuk diuruskan oleh seorang sahaja.Walaupun dana tu kononnya untuk membantu rakyat, tapi sampai sekarang masih tak de apa pun perubahan yang berlaku. Setakat bagi voucher shopping RM 100 apa sangat.Tu pun tak semua orang dapat.
Maka sebab itulah ahli - ahli PKR ni mula mempersoalkan perkara tersebut dan mendesak agar Si Minah Muka Berminyak tu letak jawatan.Kedua, Si Rafizi tu lupa. Dengan mendedahkan salah laku dalam pentadbiran ini akan mengakibatkan rakyat biasa hilang kepercayaan kepada PKR.Selama ini, PKR sering tuduh UMNO dan Barisan Nasional je yang sering melakukan perkara tersebut. Sebaliknya, mereka pun dua kali lima jugak!!!Cakap je telus, adil dan sebagainya. Tapi hakikatnya, diorang pun sama jugak. Bila bab duit, buta terus bijik mata. Inilah yang orang kata cakap tak serupa bikin ni. Itu pun baru bagi diorang memerintah Negeri. Kalau memerintah Negara, tak ke jahanam jadinya!!!
No comments:
Post a Comment