Tuesday, July 17, 2012

Perisai Oren




Gambar-gambar di atas jelas menunjukkan peserta-peserta perhimpunan oren pada 14 / 07 / 2012 yang lalu telah melanggar hak asasi manusia pada kanak-kanak. Kanak-kanak dijadikan perisai sekiranya himpunan mereka diganggu oleh pihak berkuasa.

Tindakan ibu-bapa mereka ini secara terang-terangan mengajar kanak-kanak supaya berdemonstrasi jalanan. Apalah nasib kanak-kanak ini apabila besar nanti. Masa depan meraka diperkotak-katikkan oleh ibubapa yang mereka yang hanya mengikut telunjuk sekumpulan pemimpin PAS dan Gerakan Selamatkan  Felda.

Kanak-kanak ini sebenarnya tidak tahu apa yang ibu bapa mereka perjuangkan.

Jelas sekali, pemimpin-pemimpin liberal seperti MAT SABU, TAMRIN GHAFAR, NIZAR JAMALUDDIN dan MAZLAN ALIMAN menyeru peserta perhimpunan yang kebanyakannya dibayar supaya hadir ke perhimpunan dengan membawa kanak-kanak.

Oleh itu Pedas Berapi menyeru NGO-NGO HAK ASASI MANUSIA supaya mengenakan tindakan undang-undang kepada peserta perhimpunan kerana telah melanggar hak asasi kanak-kanak.

Di minta juga pihak berkuasa supaya mengenakan tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan ini dibawah Akta Kanak-Kanak.


No comments:

Post a Comment