Monday, May 21, 2012

Solidariti Mahasiswa Malaysia putus bertanding PRU 13!!!

Umur baru setahun jagung, ada hasrat hendak letak calon dalam pru13... pooooodddaahhh.   Kerja pun xde lagi tapi sudah pandai bermain dengan politik. Cadangan untuk letak Adam Adli sebagai calon pun dah nampak sangat kelakarnye. Adam Adli yang kene gantung dari UPSI itu pun masih nak jadi idola budak-budak hingusan ni.

Keputusan untuk bertanding adalah hasil dari program pemukiman Solidariti Mahasisw Malaysia selama 2 hari. Haziq Abdul Aziz, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia berkata perjuangan ini adalah untuk menentang kerajaan Barisan Nasional. Kawin pun belom dierang ni tapi dah isytihar perang terhadap kerajaan Malaysia. Nasib baik ISA sudah mansuh, Kalau tidak mesti dah kene penjara. Dierang masih tidak sedar tujuan utama masuk ke IPTA adalah untuk menjadi gr aduan yang cemerlang. Hancur hati keluarga mereka bila tahu anak mereka ditahan kerana mengancam kerajaan. Tapi tak tahu la kan kalau ibubapa dierang sendiri yang suruh.

Mungkin juga mahasiswa-mahasiswa terperdaya dengan kata-kata seorang pelajar yang gagal seperti Adam Adli dan Safwan Anang. Apa yang menyedihkan mahasiswa yang cuba bangkit ini datang dari IPTA. Berfikir sejenak..... kenapa mahasiswa IPTS tidak ambil peduli tentang politik semasa ya?. 

Semoga Solidariti Mahasiswa Malaysia sedar dan tidak meneruskan usaha mereka ini yang mana akan menjahanamkan minda golongan cerdik pandai pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment