Tuesday, January 17, 2012

SEMAKIN SANGSI TERHADAP ANWAR?

Walaupun DSAI dibebaskan disebabkan integriti air mani dan seorang saksi kami sebagai rakyat yang dulunya menyokong penjuangan beliau semakin sangsi dengan apa yang diperjuangkan oleh DSAI. Sebagai seorang Islam memang kami merasakan perkara mengaibkan maruah dato adalah sesuatu yang  tidak pseharusnya seperti dalam tuntutan islam namun jika DSAI mengamalkan seks diluar tabii walaupun atas istilah suka sama suka adalah lebih terkutuk daripada beberapa pihak yang mengaibkan DSAI sendiri.

Sepanjang kes - kes liwat yang melibatkan DSAI kami penyokong PR begitu taksub untuk mengetahui kebenaran dan sangat berharap jika terdapat persoalan yang boleh mengaitkan kejadian - kejadian tersebut dengan konspirasi kerajaan. Namun semakin hari kami mengkaji semakin mendekati diri kami bahawa DSAI sendiri memang mengamalkan tabiat seks yang aneh? Antara beberapa perkara yang menjadi kemusykillan kami sehingga hari ini adalah seperti :-

  1. Siapa yang melantik Saiful Bukhari menjadi pembantu Dato ? Ini menunjukkan mangsa dari dulu adalah mereka yang berada berdekatan dengan dato bukan orang upahan UMNO yang dato sendiri tidak kenali. Azizan adalah pemandu kak wan dan Saiful adalah pembantu Dato. 
  2. Bagaimana air mani Dato boleh berada didalam dubur saiful dan kemasukkan air mani yang dilabelkan sebagai lelaki Y terjadi secara semula jadi.
  3. Mengapa dato tidak menghadapi perbicaraan secara anak jantan dengan menangkis serangan mereka yang cuba mengaibkan dato. Dato memilih untuk duduk di kandang tertuduh dan hanya membaca teks yang mengutuk sistem kehakiman yang tidak adil. Kami penyokong sangat berharap jika Dato dapat memberi alibi dimana dato berada semasa saiful diliwat. Tapi semua tersebut dato tidak mampu lakukan.
  4. Karpal singh sendiri cuba mengaitkan kejadian kes liwat dato adalah kerana suka sama suka semenjak 2008 sehingga 2011. Perhujahan karpal singh yang menunjukkan saiful dan dato memang melakukan adegan terkutuk ini dan secara logiknya dato tidak boleh dituduh meliwat kerana saiful juga bersalah. Mungkin bukan semua rakyat faham ayat - ayat perhujahan karpal singh yang lebih sinis atau tidak secara tepat menyatakan suka sama suka.. tetapi memang maksud beliau menyatakan sedemikian.
  5. Mengapa saiful berjumpa dengan pakar pusrawi jika perkara ini konspirasi. Lebih baik beliau meminta bantuan puak - puak UMNO untuk menyediakan doktor kerajaan yang mampu berpihak kepadanya?
  6. Dan beberapa kes lagi yang tidak terjawab oleh dato sendiri seperti jam omega, seks bersama wanita china dan didalam buku Tun Mahathir ada menyebut dato dibekalkan 4 orang wanita untuk khidmat seks. Tuduhan secara fakta bertulis yang dato sendiri tidak berani untuk menyaman tun. satu perkara yang ajaib bagi kami.
Boleh kah dato menjadi seorang perdana menteri jika PR memerintah sedangkan imej buruk dato yang boleh menjejaskan imej Malaysia dan Islam sendiri. Walaupun dato didapati tidak bersalah tetapi semuanya atas kesalahan teknikal dan tidak cukup bukti. Ini boleh dijadikan senjata bagi musuh - musuh dato dan malaysia sendiri.

Jangan menang bertempur tapi kalah perang.

No comments:

Post a Comment