Wednesday, January 18, 2012

Pengikut tegar cuba SPIN semula kenyataan ANWAR IBRAHIM..

Mintak disimpangkan dari Anwar jadi PM tak kiralah ke 7 ke, ke berapa sekalipun ... Ahmad Kassim cuba spin isu ni supaya nama Anwar tidak kelihatan lebih busuk akibat jawapannya kepada BBC tempohari ... Seeloknya Anwar menjawab : “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Golongan GAY boleh pegi mampus jahanam untuk diSAHkan di Malaysia selepas saya menang jadi PM nanti ...

Tapi, anwar memilih untuk menjawab sebegini ... APA HAL ???

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,”

Kami tak mahu dilihat sebagai menyusahkan ... Menyusahkan sapa (dalam kontek soalan mengenai GAY ini ?) ... Ahmad Kassim jenuh selamatkan nama bosnya walaupun dia sendiri tahu makna Anwar menjawab soalan BBC tu !

hampehhhh !

'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'
(Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/186833)

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

NONE“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.
"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.

Tuesday, January 17, 2012

SEMAKIN SANGSI TERHADAP ANWAR?

Walaupun DSAI dibebaskan disebabkan integriti air mani dan seorang saksi kami sebagai rakyat yang dulunya menyokong penjuangan beliau semakin sangsi dengan apa yang diperjuangkan oleh DSAI. Sebagai seorang Islam memang kami merasakan perkara mengaibkan maruah dato adalah sesuatu yang  tidak pseharusnya seperti dalam tuntutan islam namun jika DSAI mengamalkan seks diluar tabii walaupun atas istilah suka sama suka adalah lebih terkutuk daripada beberapa pihak yang mengaibkan DSAI sendiri.

Sepanjang kes - kes liwat yang melibatkan DSAI kami penyokong PR begitu taksub untuk mengetahui kebenaran dan sangat berharap jika terdapat persoalan yang boleh mengaitkan kejadian - kejadian tersebut dengan konspirasi kerajaan. Namun semakin hari kami mengkaji semakin mendekati diri kami bahawa DSAI sendiri memang mengamalkan tabiat seks yang aneh? Antara beberapa perkara yang menjadi kemusykillan kami sehingga hari ini adalah seperti :-

  1. Siapa yang melantik Saiful Bukhari menjadi pembantu Dato ? Ini menunjukkan mangsa dari dulu adalah mereka yang berada berdekatan dengan dato bukan orang upahan UMNO yang dato sendiri tidak kenali. Azizan adalah pemandu kak wan dan Saiful adalah pembantu Dato. 
  2. Bagaimana air mani Dato boleh berada didalam dubur saiful dan kemasukkan air mani yang dilabelkan sebagai lelaki Y terjadi secara semula jadi.
  3. Mengapa dato tidak menghadapi perbicaraan secara anak jantan dengan menangkis serangan mereka yang cuba mengaibkan dato. Dato memilih untuk duduk di kandang tertuduh dan hanya membaca teks yang mengutuk sistem kehakiman yang tidak adil. Kami penyokong sangat berharap jika Dato dapat memberi alibi dimana dato berada semasa saiful diliwat. Tapi semua tersebut dato tidak mampu lakukan.
  4. Karpal singh sendiri cuba mengaitkan kejadian kes liwat dato adalah kerana suka sama suka semenjak 2008 sehingga 2011. Perhujahan karpal singh yang menunjukkan saiful dan dato memang melakukan adegan terkutuk ini dan secara logiknya dato tidak boleh dituduh meliwat kerana saiful juga bersalah. Mungkin bukan semua rakyat faham ayat - ayat perhujahan karpal singh yang lebih sinis atau tidak secara tepat menyatakan suka sama suka.. tetapi memang maksud beliau menyatakan sedemikian.
  5. Mengapa saiful berjumpa dengan pakar pusrawi jika perkara ini konspirasi. Lebih baik beliau meminta bantuan puak - puak UMNO untuk menyediakan doktor kerajaan yang mampu berpihak kepadanya?
  6. Dan beberapa kes lagi yang tidak terjawab oleh dato sendiri seperti jam omega, seks bersama wanita china dan didalam buku Tun Mahathir ada menyebut dato dibekalkan 4 orang wanita untuk khidmat seks. Tuduhan secara fakta bertulis yang dato sendiri tidak berani untuk menyaman tun. satu perkara yang ajaib bagi kami.
Boleh kah dato menjadi seorang perdana menteri jika PR memerintah sedangkan imej buruk dato yang boleh menjejaskan imej Malaysia dan Islam sendiri. Walaupun dato didapati tidak bersalah tetapi semuanya atas kesalahan teknikal dan tidak cukup bukti. Ini boleh dijadikan senjata bagi musuh - musuh dato dan malaysia sendiri.

Jangan menang bertempur tapi kalah perang.