Friday, August 31, 2012

PKR Selangor derhaka


Khalid Ibrahim dengan kuncu-kuncunya dengan sengaja tidak menjemput SULTAN SELANGOR ke majlis sambutan merdaka malam tadi di Shah Alam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Sulit kepada SULTAN SELANGOR? Sunggh biadap orang-orang PR ni tidak langsung menghormati institusi beraja kita. Apa akan jadi pada institusi beraja kita jika PR memerintah MALAYSIA nanti. Silap-silap raja-raja kita dibuang.


Bendera Malaysia!!!



PR memang tidak menghormati bendera rasmi MALAYSIA. Belum menang lagi pilihanraya sudah pandai-pandai lancarkan bendera yang mirip dengan komunis. 


Merdeka 2012

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 55 kepada semua rakyat MALAYSIA.


Wednesday, August 29, 2012

Syabas Nasharudin



Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.

Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.

PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh punggung dari lubang jamban.Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.Abdul Hadi membayangkan Nasharudin seb
agai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.

PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.

Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka suatu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.

Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 20
08.Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas. Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.

Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP !!!Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.



Hudud... Hudud... Hudud....



Dah memang jelas Pengerusi DAP Karpal Singh dan ahli-ahlinya menolak hudud dan tidak akan berkompromi dengan PAS tentang perlaksanaan hudud.

Adakah pemimpin-pemimpin PAS hanya perlu berdiam diri? Apa akan jadi sekiranya PAS ikut sangat telunjuk DAP? 

lihat saja salah satu kesan bila DAP dapat kuasa....



Dengan bangganya DAP sikit demi sedikit menghapuskan budaya orang melayu seperti menghapuskan tulisan jawi pada tanda jalan dan tidak membenarkan azan dilaungkan dengan kuat.

Lu orang PAS pikir-pikirla dan tak lupa juga org melayu yang undi PR. Jangan sampai tanah air orang melayu digadai oleh pelesit-pelesit DAP.

Friday, August 24, 2012

Al-Fatihah untuk Nik Aziz

Untuk pengetahuan semua, Nik Aziz kini sedang tenat dan sedang di rawat di sebuah hospital.

Gambar lama sebab belum dapat gambar terkini.

Nik Aziz yang kini sudah berusia 81 tahun dan telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan semenjak 1990 iaitu lebih kurang 22 tahun. Sudah sampai masanya dia digantikan dengan calon yang lain yang lebih layak dari segi kesihatan dan mentaliti.

Usia 81 tahun pada kebiasaannya tidak lagi dapat berfikir secara waras dan menerusi kajian yang dilaksanakan cendiakawan dari seluruh dunia menunjukkan usia pada tahap itu tidak lagi boleh berfikir dengan baik dan tajam.Kalau Nik Aziz sudah nyanyuk, maka orang bawah-bawahannya bertambah-tambahlah nyanyuk-nyanyuknya.

Kenapa Nik Aziz tidak lantang memperjuangkan menifesto PAS kerana dia sudah tidak larat lagi. Lagi cepat Nik Aziz berundur atau dengan kata lain kembali ke rahmatullah lagi cepat la PAS dapat menawan PUTRAJAYA bersama-sama dengan UMNO. PKR dan DAP kini boleh berkira-kira untuk merebut kerusi untuk menandingi BN dan PAS. 

Wednesday, August 15, 2012

PAS keluar Pakatan Rakyat

Krisis antara PAS dan DAP tidak dapat dibendung lagi bilamana DAP dengan megahnya mencabar PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat. DAP terlalu yakin akan berjaya menawan Putrajaya bersama PKR walaupun tanpa bantuan undi dari PAS. N

Penyokong-penyokong PAS mulai hari ini sudah tahu isi hati DAP macam mana....
habis madu sepah dibuang, mungkin DAP sudah lupa PAS telah banyak membantu mereka menang di kebanyakan kerusi yang DAP bertanding.


Nasharudin kini dikatakan sedang mengadakan dialog bersama pemimpin-pemimpin BN mengenai halatuju PAS pada PRU13 nanti.


Tuesday, August 14, 2012

Rakyat Kesal Dengan PAS

Bukti keterdesakan PAS!!!

http://www.putrajaya-online.com/2012/08/ahli-pas-solat-di-kaki-lima-precint-15.html


Krisis Pakatan Rakyat

Pedas Berapi menjangkakan berlaku pertembungan kerusi antara PAS, DAP dan PKR bila mana hudud menjadi pemisah antara mereka. Seorang kawan dari Perlis mengesahkan Pimpinan PAS Perlis akan bertanding disetiap kerusi parlimen dan DUN selagi DAP dan PKR menolak menifesto pilihanraya PAS iaitu melaksanakan hukum hudud dan merealisasikan negara islam.

Syabad pemimpin PAS negeri Perlis negara menegakkan keadilan, DAP memang tidak mahu jadikan Malaysia negara Islam kerana takut semua hasil judi mereka dibekukan. Pemimpin PKR pula memang tiada 'telur' kerana tunduk dengan DAP dan bukan niat mereka untuk membela hak asasi melayu sekiranya menang nanti.

Nik Aziz memang tua dan tidak mampu untuk melawan DAP kerana sebahagian dana PAS diberikan oleh DAP untuk tutup mulut Nik Aziz dan Hadi Awang. Tiada guna bersolat hajat didepan rumah Nik Aziz jika tiada ketegasan.


Friday, August 10, 2012

Haram sokong DAP

Pengundi melayu atau yang beragama islam harus tahu kenapa haram sokong DAP.....



Dan sebagai mana kita tahu, DAP merupakan pecahan dari PAP dari singapura, apa akan jadi jika DAP memerintah.....


Monday, August 6, 2012

Kem Wan Azizah VS Kem Anwar

Pedas diberitahu oleh seorang rakan dalam PKR yang Kem Wan Azizah kini amat tidak berpuas hati dengan   keputusan Anwar Ibrahim yang memutuskan tidak akan ada lembaga siasatan dalaman untuk menyiasat skandal Azmin Ali. Keputusan Anwar Ibrahim menunjukkan Azmin Ali amat 'kebal' pada Anwar Ibrahim. 

Mungkin Anwar Ibrahim takut untuk bersetuju kerana Anwar Ibrahim pernah 'pinjam' Shamsidar dari Azmin. Mungkin jugak Anwar Ibrahim takut Azmin Ali akan suruh dia sumpah laknat yang dia tidak ber'serenggama' dengan China Dolls dan Saiful Bukhari.  

Sehingga kini Abang Azmin Ali kita masih takut untuk membuat penafian secara terbuka...... lu orang pikirla sendiri...



DAP sebulat suara tolak HUDUD

Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh secara lantang menyuarakan hudud tidak akan dilaksanakan jika PAKATAN RAKYAT memenangi PRU 13 akan datang. Dengan terang lagi bersuluh mengatakan hukum hudud adalah hukum yang tidak bertamadun sekaligus memperlekehkan pemimpin-pemimpin PAS yang di'kata'kan bersungguh-sungguh akan membina MALAYSIA sebagai sebuah negara islam dengan melaksanakan hukum hudud acuan NIK AZIZ.

Karpal Singh dengan jelas menyatakan Lim Kit Siang juga bersetuju menolak hudud dengan alasan perlaksanaan hukum hudud tidak tersenarai dalam buku jingga. 

Situasi ini jelas sekali yang PAS dan DAP tidak akan sehaluan dalam halatuju PAKATAN RAKYAT. PAS harus sedar bahawa DAP dan PKR hanya mempergunakan PAS untuk meraih sokongan orang melayu yang beragama islam terutama pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang tinggal diluar bandar seperti dikampung-kampung atau felda-felda.

DAP mungkin lupa tentang 'semangat' orang melayu. Sehingga kini 'semangat' itu masih belum menyala kerana perpaduan orang melayu masih dipisahkan oleh pemimpin-pemimpin PKR. Ahli-ahli PAS juga patut sedar dari dulu lagi yang mereka hanya diperkudakan oleh Karpal Singh yang telah nyanyuk.

Undi PAS = Undi DAP = Undi CINA, wahai orang-orang melayu, mahukan anda dipimpin oleh bangsa singh atau cina pada masa akan datang...... jangan fikir untuk diri sendiri.... fikir juga untuk anak cucu bangsa kita.