Tuesday, June 26, 2012

Kegagalan urustadbir PAS di Kelantan

Di sini akan dihuraikan BAGAIMANA PEMERINTAHAN ULAMAK yang TIDAK MAMPU mengurus DANA rakyat Kelantan. Sebaliknya merosakkan AMANAH yang rakyat beri kepada mereka dengan pengurusan YANG LEMAH dan tanpa perancangan mapan sehingga menyebabkan WANG RAKYAT KELANTAN yang dilaburkan di dalam syarikat yang kononnya UNTUK MATAWANG ISLAM mengalami KERUGIAN sejak ia ditubuhkan.



Bukankah menjadi AMANAH pemerintah yang menjaja Islam untuk memberitahu kebenaran ini kepada rakyat Kelantan?

Di sini kami ingin memberitahu rakyat Kelantan berdasarkan FAKTA yang kami kutip dari maklumat awam yang boleh diperolehi dari SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA untuk tatapan rakyat Kelantan BAGAIMANA PENGURUSAN ULAMAK BERTOPENGKAN ISLAM. Menipu dan mengkhianati amanah wang rakyat Kelantan DEMI KEPENTINGAN politik peribadi mereka."BUKANKAH CIRI-CIRI INI MENEPATI CIRI- CIRI MUNAFIK SEBAGAIMANA KIASAN DARI HADIS RASULULLAH SAW?"

untuk pengetahuan, maklumat ini adalah diekstrak daripada SSM dan tarikh dikemaskini oleh SSM adalah SETAKAT 17/11/2011. Walaupun maklumat ini dicetak pada 20/6/2012.

Di sini juga akan dihuraikan PENYATA KEWANGAN SYARIKAT yang berakhir pada 31/12/2009 yang mana juruauditnya ERNST & YOUNG Kuala Lumpur.

Penyata kewangan yang berakhir pada 31/12/2009 MENUNJUKKAN syarikat mempunyai KERUGIAN TERKUMPUL sebanyak RM 231,397.00

a) Aset tetap syarikat RM12,950.00
b) Aset semasa syarikat RM 2,258,378.00
c) Liabiliti semasa syarikat (RM 1,152,723.00)
_______________________
Nilai semasa syarikat (a+b-c) RM 1,118,607.00

HURAIANNYA:Nilai semasa syarikat ini semasa ditubuhkan adalah 1,350,002.00 unit saham bernilai RM1.00 sesaham. Dengan kerugian terkumpul, nilai unit saham daripada berharga RM 1.00 telah JATUH sebanyak 17 sen kepada RM 0.83 sesaham.Sekarang kita berada pada tahun 2012 yang mana Syarikat KGT SDN BHD masih belum menghantar penyata kewangannya bagi tarikh berakhir 31/12/2010 dan 31/12/211.Ini amatlah MERAGUKAN, bagaimana amanah wang rakyat yang sepatutnya menjadi amanah bagi pemerintahan Islam Kelantan yang PERLU DIKEMASKINI setiap masa tetapi DITANGGUH-TANGGUHKAN dari pengetahuan rakyat?Kami ingin MENYERU kepada RAKYAT KELANTAN agar membuka mata dan menilai INIKAH PEMIMPIN YANG MENAMAKAN DIRI MEREKA PEMERINTAH ISLAM SEBALIKNYA LEMAH DARI SEGI PENGURUSAN DAN MENIPU RAKYAT? SELAMA 22 TAHUN KELANTAN DIPERINTAH OLEH PAS DAN KELEMAHAN PENGURUSAN MEREKA MEMBUATKAN KELANTAN MUNDUR BERBANDING NEGERI-NEGERI LAIN. MEREKA MENGGUNAKAN PSIKOLOGI BIJAK YAITU ISLAM DAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN DEMI MENGABURI DAN MEMBOHONGI RAKYAT KELANTAN UNTUK MENGEKALKAN KUASA PEMERINTAHANDAN NAFSU SERAKAH
PERIBADI MEREKA. SEDARLAH SAUDARA ISLAMKU RAKYAT KELANTAN, SUDAH TIBA MASANYA KITA MENUKAR PEMERINTAH AGAR LEBIH BANYAK SALAHLAKU DAN KETIDAKADILAN DAPAT DIBAWA KE MUKA PENGADILA.

Monday, June 25, 2012

Kerajaan Selangor makin parah

PKR Selangor mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantung sementara Faekah Husin dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan patut mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah.Shuhaimi mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar.Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."Shuhaimi berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya.


Punca Krisis Anuwar - Azmin the Icecream man - Rafizi Lembu

Berikut sms Rafizi kepada Anuwar....

"Apa ni Dato Seri? Benda macam ini pun tidak boleh selesai. Macam mana nak jadi PM. Jangan sampai saya keluar parti."


Bob Lokman akur

Akhirnya Bob Lokman akur dengan kelebihan yang ada pada sistem kerajaan sedia ada walaupun sebelum ini terang-terangan Bob Lokman mengutuk kerajaan.



Sunday, June 24, 2012

Hanis Zalikha tibai Rafizi

http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/06/thing-about-ptptn-is.html

Siapa Hanis Zalikha?....

Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM - Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa."Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.



Apalah sangat Rafizi jika nak dibandingkan dengan Hanis Zalikha....